SEJARAH PSS

           Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Gedok Gemencheh Negeri Sembilan telah ditubuhkan pada tahun 1913 iaitu semenjak tertubuhnya sekolah ini. Guru besar yang pertama bertugas di sekolah ini ialah En.Ab. Kadir bin Intan.

           Sekolah Kebangsaan Gedok merupakan sebuah Sekolah Kurang Murid (SKM). Oleh sebab itu, ruangan dan bilik-bilik khas sangat terhad. Pusat Sumber Sekolah ini hanya sebesar sebuah kelas sahaja dan terpaksa berkongsi ruangan dengan bilik operasi buku teks, kedai buku dan bilik pemulihan. Walaupun terdapat banyak kekangan, hal ini tidak mematahkan semangat para guru dan murid menggunakan perkhidmatan PSS sekolah ini. PSS sekolah ini telah mula menampakkan perkembangan yang positif mengikut kemampuan dan tenaga kerjanya. Tambahan pula, bangunan baru telah pun siap dan sedang menunggu kelulusan dan penyerahannya sahaja yang mana di bangunan baru itu terdapat Pusat Sumber Sekolah yang lebih luas dan amat selesa untuk kegunaan seluruh warga sekolah.

           Pada tahun 2005, Pusat Sumber Sekolah ini amat bertuah kerana menjadi pilihan pihak Petronas untuk Program Petronas Street Smart. Hal ini kerana dalam daerah Tampin hanya sekolah ini telah terpilih untuk Program Petronas Street Smart.

          Pada tahun 2009 Pusat Sumber Sekolah telah berpindah ke bangunan baru yang terletak di aras satu blok  B dilengkapi dengan Prasarana yang sangat baik dan kondusif.

          Pada tahun 2016 Pusat Sumber Sekolah telah diberi nama PSS Darul Hikmah sesuai dengan Motto  PSS  Bestari Maklumat dan Sedia Berkhidmat.