03 September 2016

MAJLIS TADARUS AL QURAN PRA SEKOLAH

27 OGOS 2016-SABTU,SK PASIR BESAR GEMAS.

Tahniah buat adik Nur Shuhaila Afina Binti Azhar dinobatkan pemenang tempat ketiga Hafazan kategori perempuan dalam MTAQ daerah Tampin.
Manakala ,Adik Ainnur Qalesya Binti Zulkifli tempat kelima  dan Adik Mohd Shameer yang mendapat tempat ke lapan dalam acara Tilawah Al Quran MTAQ daerah Tampin.Sekalung terima kasih kepada anak-anak Pra sekolah Impian  yang telah mewakili sekolah.

PROGRAM SANTAI MINDA CALON UPSR 2016




25 OGOS 2016-JUMAAT .SK GEDOK
Program ini dianjurkan bertujuan memberi ruang kepada murid tahun 6 meningkatkan kecergasan fizikal dan mental sebelum menduduki UPSR pada 5 September 2016.Semoga anak-anak tahun 6 ini diberi kekuatan minda untuk berjuang di hari peperiksaan nanti.


PROGRAM BACAAN YASIN SEMPENA PEPERIKSAAN UPSR DAN UPKK 2016

24 OGOS 2016,MASJID KAMPUNG GEDOK

Alhamdulillah dan sekalung penghargaan kepada semua AJK Masjid Kg Gedok kerana sudi menganjurkan program bacaan Yasin dan Solat Hajat sempena Peperiksaan UPSR dan UPKK 2016 buat anak -anak SK Gedok.
En Fairuz Fazly Naib YDP PIBG SK Gedok menyampaikan cenderamata kepada Tn Hj Pahim Imam Masjid Kg Gedok tanda penghargaan 




PEMILIHAN TOKOH NILAM DAERAH TAMPIN 2016

24 Ogos 2016 ,PKG Gemencheh.
Tahniah Adik Putri Nur Balqis Binti Fairuz Fazly kerana telah dinobatkan Tokoh NILAM Daerah Tampin 2016.Selamat berjuang ke peringkat pemilihan Tokoh NILAM peringkat Negeri Sembilan pada 19-23 September 2016 di BTPN Negeri Sembilan Port Dickson




JOHAN TOKOH NILAM DAERAH TAMPIN 2016